• selamat datang ke ikat tepi

    ada bermacam event kesukaan anda yang akan di postingkan dalam facebook page dan channel youtube kami

  • like ikat tepi broadcast

    update terkini dari vlog channel ikat tepi...jangan terlepas peluang menjadi viewer pertama

  • subscribes channel ikat tepi

    channel vlog yang memfilemkan lokasi terbiar dan menyeramkan, military event, toturial dan macam macam ada...

Sunday, 28 June 2020

aku terjah sibertel bangi

Sibertel merupakan satu projek asrama yang berkonsepkan “Jaminan Pulangan Sewa (Rental Guaranteed)” yang dijalankan secara usahasama oleh Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) selaku tuan tanah dan Bidari Ihsan Sdn Bhd selaku pemaju. Sibertel berkenaan terbiar dan rosak sebelum mendapat suratan milik dan pembeli-pembeli bukan saja tidak memperolehi pulangan dalam bentuk sewa bulanan, tetapi harta yang dibeli mengalami kerosakan, kerana terbiar, namun mereka terpaksa membayar pinjaman bank sepenuhnya – sebelumnya dari dapatan sewa bulanan dapat menampung bayaran. Blok-Blok Asrama adalah sebanyak 21 blok (mulai dari Blok A – U). Setiap blok mempunyai 54 unit. Keluasan bagi satu unit ialah seluas 300 kaki persegi yang boleh memuatkan 2 katil dan meja seharga pada peringkat awal Fasa Pertama RM33,600.00 & Fasa kedua selepas itu naik kepada RM36,300. komplek ini masih digunakan lagi sebagai asrama pelajar pada tahun 2010 dan selepas itu terbiar kosong tanpa penghuni sehingga mengalami kerosakan teruk.