Sunday, 28 June 2020
aku terjah sibertel bangi
Sibertel merupakan satu projek asrama yang berkonsepkan “Jaminan Pulangan Sewa (Rental Guaranteed)” yang dijalankan secara usahasama oleh Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) selaku tuan tanah dan Bidari Ihsan Sdn Bhd selaku pemaju. Sibertel berkenaan terbiar dan rosak sebelum mendapat suratan milik dan pembeli-pembeli bukan saja tidak memperolehi pulangan dalam bentuk sewa bulanan, tetapi harta yang dibeli mengalami kerosakan, kerana terbiar, namun mereka terpaksa membayar pinjaman bank sepenuhnya – sebelumnya dari dapatan sewa bulanan dapat menampung bayaran. Blok-Blok Asrama adalah sebanyak 21 blok (mulai dari Blok A – U). Setiap blok mempunyai 54 unit. Keluasan bagi satu unit ialah seluas 300 kaki persegi yang boleh memuatkan 2 katil dan meja seharga pada peringkat awal Fasa Pertama RM33,600.00 & Fasa kedua selepas itu naik kepada RM36,300.
komplek ini masih digunakan lagi sebagai asrama pelajar pada tahun 2010 dan selepas itu terbiar kosong tanpa penghuni sehingga mengalami kerosakan teruk.
0 comments:
Post a Comment