Saturday, 12 September 2020
welcome to wolf's lair malaysia
Saturday, 5 September 2020
aku masuk bandar pripyat part 2
kali ini aku bawa korang explore ke 1 taman perumahan yg sikit jauh dari pusat bandar kl, lembah beringin. di taman perumahan ini terdapat byk sekali bangunan terbiar yg sudah di tutupi oleh semak belukar. kebanyakan projek ini sudah terbengkalai sekitar 20 tahun. tempat ini tak ubah seperti bandar pripyat di Ukraine. projek hartanah di lembah beringin bermula pada akhir tahun 90an. pada peringkat awal projek, ia di promosikan sbg 1 bandar baru yg hebat di media arus perdana. tetapi bermula awal tahun 2000 pembangunan kawasan ini mula kelihatan perlahan, dan akhirnya terhenti.
lokasi lembah beringin yg sikit jauh iaitu 60km dr pusat bandar kl menyebabkan penempatan ini tidak begitu popular di kalangan pembeli. bandar terdekat ialah tanjung malim yg terletak 13km dari sini. antara penyebab kegagalan projek perumahan ini ialah klia di bina di sepang sekali gus menjatuhkan nilai hartanah kawasan ini. selain itu kemudahan asas yg ada hanyalah sebuah sekolah kebangsaan. Kewujudan padang golf dan Kolej UEM dan akses terus ke Lebuhraya plus juga masih tidak meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan di sini.
aku yakin pemaju yg bangunkan kawasan ini hanyalah anak syarikat kepada syarikat yg lebih besar. jika projek ini terbengkalai atau dihentikan, hanya anak syarikat yg di istiharkan muflis tapi bapak syarikat masih bebas untuk teroka peluang baru di tempat lain. undang2 tidak usik pun bapak syarikat ni. inilah undang2 kapitalis. yg menangung kudis dan tokak ialah pembeli. pihak pemaju boleh cuci tgn. aku juga ada terfikir, bagaimanalah agaknya nasib pembeli hartanah di sini. kalau tak silap aku, perjanjian jual beli hartanah tidak melindungi pembeli tetapi pemaju akan selamat jika berlaku perkara seperti ini. pembeli harus terus membayar pada bank tak kira apa alasan sekali pun.
aku masuk bandar pripyat part 1